Thursday 22 September 2011

Ahmad Khalil Khusairi - Satu lagi pertemuan membawa mesej Kuasa Allah

Assalamualaikum....selamat semuanya.... kat sini aku nak citer sikit pasal adik ni....AHMAD KHALIL KHUSAIRI. Umurnya baru 12 tahun.....aku dapat tahu pasal adik ni dari satu kiriman sms yang aku terima sewaktu aku di Penang menghadirkan diri ke KARNIVAL ZERO REMPIT, 17 Sept 2011 yang lalu... smsnya lebih kurang begini..."Tai, ada satu adik ni teringin sangat jumpa hang....dia excited bila tau hang akan ada bersama di karnival...tapi sayangnya adik ni x boleh nak pi karnival sebab dia tengah sakit....eksiden motor... sbelah tempurung kepala dia takdak....so, kalau hang free, boleh dak hang mai singgah jumpa dia....dia nak sangat jumpa hang....pay a visit bro..." so aku pun pergilah singgah rumah adik ni......

Pada waktu mula-mula aku sampai di rumah adik ni...aku agak seriau dan takut untuk masuk dalam....aku takut akal dan jiwa aku x boleh handle apa yang mata aku nampak.....selepas aku buka kasut....aku nampak adik ni berjalan keluar dari bilik...dalam hati aku berkata "owhh, boleh jalan lagi....so mesti tak teruk sangat la ni..." Aku pun masuk dalam dan duduk di sofa bersebelahan dengan adik ni....aku tengokkan luka jahitan di kepala dia....YA ALLAH.....ajaib sungguh.....KAU MASIH BERNYAWA.......ALLAHUAKBAR.....satu persatu soalan muncul dalam kepala aku....semuanya aku tanyakan pada bapa adik ni..... soalan aku yang pertama.....MACAMANA N BILA BENDA NI BERLAKU? jawapannya lebih kurang mcm ni...

Pada satu pagi yang aku tak ingat berapa hari bulan....di kawasan rumahnya di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang..waktu tu dalam pukul 9 pagi....si ayah takde di rumah....si ibu sedang memasak didapur.....motor honda ada di luar rumah siap dengan kuncinya di tengkok....alih2 si ibu terdengar bunyi motor berlalu.....tak sempat ditahan anaknya dari keluar menunggang.....Satu yang aku perasan bila masuk area kampung ni, memang tersangat ramai penunggang motosikal yang tidak memakai helmet.....adik ni pun sama jugak, menunggang tanpa helmet....BAHAYA TU!!! JANGAN AMALKAN MENUNGGANG TANPA HELMET!! Kuasa Allah....Kun Faya Kun....takde angin takde ribut, adik Ahmad Khalil Khusairi terjatuh dengan sendirinya dari motosikal, terbabas dan kepalanya terhempas ke sebuah dinding.....Na'uzubillah.....

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai, Pulau Pinang.....sebahagian dari tengoraknya pecah.... doktor kata 30% dari otaknya rosak....dia koma 3 hari....kata doktor lagi...bila dia sedar nanti, berkemungkinan besar, memorinya akan terjejas..... tapi ajaibnya kuasa Allah, setelah sedar, adik Ahmad Khalil Khusairi tidak ada masalah langsung untuk mengenali orang-orang di sekelilingnya... Alhamdulillah... punya gembira seluruh ahli keluarganya...... yang lebih menarik lagi, Ahmad Khalil Khusairi telah berjaya menjawab semua kertas soalan UPSR tanpa ada masalah semasa dia di hospital....

Setelah dua minggu di wad, kini Ahmad Khalil Khusairi telahpun berada di rumah.....dia recover dengan sangat cepatnya..... sekarang dia hanya tunggu masa jahitan lukanya kering dan kemudian kembali ke bilik pembedahan bagi doktor memasukkan kepingan tengkorak artificial.....semoga semuanya berjalan dengan lancar.....Amin ya Rabbal Alamin

sewaktu berada di rumah itu juga, kami (aku, zila, yus, scha, sis, lisa, ain, cikgu & adik) telah dijamu dengan LAKSA JANGGUS!! Terbayekkk toq!! hangpa kena try......dalam laju melahap ni, aku bersembang lagi dengan Ahmad Khalil Khusairi......dia kata "SAYA X MAU NAIK MOTOR DAH, TAPI SAYA RINDU....MACAMANA PUN SAYA MENYESAL SEBAB SAYA X PAKAI HELMET"

1 comment: