Thursday 8 March 2012

Taiyuddin Bakar mula BERMASALAH DISIPLIN??

Satu soalan yang ditujukan oleh seorang rakan media baru-baru ini....bermula dengan "ini pula soalan yang agak panas sikit, Tai kena standby dah dengan kehadiran soalan2 begini ya..."

Apa yang Tai boleh katakan disini ialah, permasalahan begini tidak akan pernah lari dari kerjaya seorang artis. Mustahil untuk Tai menjadi seorang yang perfect....Mustahil juga untuk Tai berada dalam 2 tempat yang berbeza dalam satu masa yang sama...

Dalam pemikiran Tai, sekiranya DULU adanya berlaku perkara sebegini, ianya tidak akan menjadi isu kerana SPOTLIGHT itu tidak berada pada Tai....tapi KINI Tai sedar bahawa LAMPU SOROT itu menghala tepat kepada Tai yang mana seharusnya Tai haruslah sebaiknya menjaga serba serbi perlakuan Tai.

Ini tidak pula bermaksud bahawa Tai sememangnya dari dulu merupakan orang yang tidak menghormati masa....cumanya, Tai sering yakin bahawa setiap kejadian berlaku serta setiap tindakan yang Tai buat adalah BERSEBAB....

Walau apa pun, sebagai seorang manusia biasa dan juga PENDATANG BARU didalam industri, Tai tidak merasakan ianya satu kerugian sekiranya Tai MINTA MAAF atas segala kekhilafan Tai yang mana yang diluar kehendak Tai mahupun yang Tai SENGAJAKAN....

Tai cuba berpegang kepada JANJI Tai pada diri Tai sendiri...
"PERLU LEBIH BANYAK MENIMBA ILMU DALAM MENGHARUNGI PERJALANAN HIDUP DIDALAM INDUSTRI"
"PERBAIKI SETIAP KELEMAHAN DIRI"
"HITAM MAIN HITAM, PUTIH MAIN PUTIH"

Dan Tai akan terus percaya kepada....
"REZEKI TETAP DI TANGAN ALLAH"

Wallahualam.....

1 comment:

  1. Kadang2 orang tak tau apa masalah kita hadapi dalam berusaha nak selesaikan satu tugasan tu.Tp itu adalah tanggungjawab kita. Org cuma kata "that's not my problem". Cuma dalam keadaan Tai, awak seorang celebrity. So apa yang celebrity buat selalu bawah mikroskop tak kira betapa remehnya.Saya tau kadang2 tak adil juga sebab kalian pun manusia biasa.Takde sape yang superior,sempurna atau hebat melainkan Allah jua. Berhati2 dlm percakapan dan apa jua perbuatan sebab kadang2 benda yang dibuat dengan niat baik pun orang nak putarkan juga jadi tak baik.Jenuh juga nak clearkan nama tuh.Cabaran memang banyak tapi sebelum buat apa2,tanya diri berlandaskan otak , perlukah atau berbaloikah dan paling penting ,bijakkah tindakan yg aku ambil ni?Apa implikasi masa depan nanti. Kita ni kan Tai... buat baik..payah org nak ingat tp pantang tersilap sket, sampai 7 keturunan org dok sebut. Apalagi kalau Job description kita bertulis "celebrity atau artis". Harap2 kita sebagai peminat,dan pemerhati dunia hiburan ni lebih bijak dalam menghakimi dan tak ikut emosi semata. Meraka ni macam kita juga , nak cari makan cuma genre kerja mereka tak sama macam kebanyakan kita. At the end of the day, diorg macam kita,manusia biasa yg byk silapnya dan kelemahannya. Tai jgn amik hati ya?sekadar berkongsi. Saya bukanlah minat benor tgk tv ni,tp terhibur juga kdg2 tgk awak dalam Apa Celop tu.BM saya tak berapa baik sebenarnya jadi tgk tv saya belajar banyak...hahahah dan nama awak dah melekat jadi Abg Sawi pada saya dan rakan2.All the best for your future.Kerja keras dan solat menjauhkan kita dari benda2 tak baik ok?Selamat Maju Jaya!

    ReplyDelete