Thursday 8 March 2012

Taiyuddin Bakar mula BERMASALAH DISIPLIN??

Satu soalan yang ditujukan oleh seorang rakan media baru-baru ini....bermula dengan "ini pula soalan yang agak panas sikit, Tai kena standby dah dengan kehadiran soalan2 begini ya..."

Apa yang Tai boleh katakan disini ialah, permasalahan begini tidak akan pernah lari dari kerjaya seorang artis. Mustahil untuk Tai menjadi seorang yang perfect....Mustahil juga untuk Tai berada dalam 2 tempat yang berbeza dalam satu masa yang sama...

Dalam pemikiran Tai, sekiranya DULU adanya berlaku perkara sebegini, ianya tidak akan menjadi isu kerana SPOTLIGHT itu tidak berada pada Tai....tapi KINI Tai sedar bahawa LAMPU SOROT itu menghala tepat kepada Tai yang mana seharusnya Tai haruslah sebaiknya menjaga serba serbi perlakuan Tai.

Ini tidak pula bermaksud bahawa Tai sememangnya dari dulu merupakan orang yang tidak menghormati masa....cumanya, Tai sering yakin bahawa setiap kejadian berlaku serta setiap tindakan yang Tai buat adalah BERSEBAB....

Walau apa pun, sebagai seorang manusia biasa dan juga PENDATANG BARU didalam industri, Tai tidak merasakan ianya satu kerugian sekiranya Tai MINTA MAAF atas segala kekhilafan Tai yang mana yang diluar kehendak Tai mahupun yang Tai SENGAJAKAN....

Tai cuba berpegang kepada JANJI Tai pada diri Tai sendiri...
"PERLU LEBIH BANYAK MENIMBA ILMU DALAM MENGHARUNGI PERJALANAN HIDUP DIDALAM INDUSTRI"
"PERBAIKI SETIAP KELEMAHAN DIRI"
"HITAM MAIN HITAM, PUTIH MAIN PUTIH"

Dan Tai akan terus percaya kepada....
"REZEKI TETAP DI TANGAN ALLAH"

Wallahualam.....