Thursday 8 March 2012

Taiyuddin Bakar mula BERMASALAH DISIPLIN??

Satu soalan yang ditujukan oleh seorang rakan media baru-baru ini....bermula dengan "ini pula soalan yang agak panas sikit, Tai kena standby dah dengan kehadiran soalan2 begini ya..."

Apa yang Tai boleh katakan disini ialah, permasalahan begini tidak akan pernah lari dari kerjaya seorang artis. Mustahil untuk Tai menjadi seorang yang perfect....Mustahil juga untuk Tai berada dalam 2 tempat yang berbeza dalam satu masa yang sama...

Dalam pemikiran Tai, sekiranya DULU adanya berlaku perkara sebegini, ianya tidak akan menjadi isu kerana SPOTLIGHT itu tidak berada pada Tai....tapi KINI Tai sedar bahawa LAMPU SOROT itu menghala tepat kepada Tai yang mana seharusnya Tai haruslah sebaiknya menjaga serba serbi perlakuan Tai.

Ini tidak pula bermaksud bahawa Tai sememangnya dari dulu merupakan orang yang tidak menghormati masa....cumanya, Tai sering yakin bahawa setiap kejadian berlaku serta setiap tindakan yang Tai buat adalah BERSEBAB....

Walau apa pun, sebagai seorang manusia biasa dan juga PENDATANG BARU didalam industri, Tai tidak merasakan ianya satu kerugian sekiranya Tai MINTA MAAF atas segala kekhilafan Tai yang mana yang diluar kehendak Tai mahupun yang Tai SENGAJAKAN....

Tai cuba berpegang kepada JANJI Tai pada diri Tai sendiri...
"PERLU LEBIH BANYAK MENIMBA ILMU DALAM MENGHARUNGI PERJALANAN HIDUP DIDALAM INDUSTRI"
"PERBAIKI SETIAP KELEMAHAN DIRI"
"HITAM MAIN HITAM, PUTIH MAIN PUTIH"

Dan Tai akan terus percaya kepada....
"REZEKI TETAP DI TANGAN ALLAH"

Wallahualam.....

Thursday 22 September 2011

Ahmad Khalil Khusairi - Satu lagi pertemuan membawa mesej Kuasa Allah

Assalamualaikum....selamat semuanya.... kat sini aku nak citer sikit pasal adik ni....AHMAD KHALIL KHUSAIRI. Umurnya baru 12 tahun.....aku dapat tahu pasal adik ni dari satu kiriman sms yang aku terima sewaktu aku di Penang menghadirkan diri ke KARNIVAL ZERO REMPIT, 17 Sept 2011 yang lalu... smsnya lebih kurang begini..."Tai, ada satu adik ni teringin sangat jumpa hang....dia excited bila tau hang akan ada bersama di karnival...tapi sayangnya adik ni x boleh nak pi karnival sebab dia tengah sakit....eksiden motor... sbelah tempurung kepala dia takdak....so, kalau hang free, boleh dak hang mai singgah jumpa dia....dia nak sangat jumpa hang....pay a visit bro..." so aku pun pergilah singgah rumah adik ni......

Pada waktu mula-mula aku sampai di rumah adik ni...aku agak seriau dan takut untuk masuk dalam....aku takut akal dan jiwa aku x boleh handle apa yang mata aku nampak.....selepas aku buka kasut....aku nampak adik ni berjalan keluar dari bilik...dalam hati aku berkata "owhh, boleh jalan lagi....so mesti tak teruk sangat la ni..." Aku pun masuk dalam dan duduk di sofa bersebelahan dengan adik ni....aku tengokkan luka jahitan di kepala dia....YA ALLAH.....ajaib sungguh.....KAU MASIH BERNYAWA.......ALLAHUAKBAR.....satu persatu soalan muncul dalam kepala aku....semuanya aku tanyakan pada bapa adik ni..... soalan aku yang pertama.....MACAMANA N BILA BENDA NI BERLAKU? jawapannya lebih kurang mcm ni...

Pada satu pagi yang aku tak ingat berapa hari bulan....di kawasan rumahnya di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang..waktu tu dalam pukul 9 pagi....si ayah takde di rumah....si ibu sedang memasak didapur.....motor honda ada di luar rumah siap dengan kuncinya di tengkok....alih2 si ibu terdengar bunyi motor berlalu.....tak sempat ditahan anaknya dari keluar menunggang.....Satu yang aku perasan bila masuk area kampung ni, memang tersangat ramai penunggang motosikal yang tidak memakai helmet.....adik ni pun sama jugak, menunggang tanpa helmet....BAHAYA TU!!! JANGAN AMALKAN MENUNGGANG TANPA HELMET!! Kuasa Allah....Kun Faya Kun....takde angin takde ribut, adik Ahmad Khalil Khusairi terjatuh dengan sendirinya dari motosikal, terbabas dan kepalanya terhempas ke sebuah dinding.....Na'uzubillah.....

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pantai, Pulau Pinang.....sebahagian dari tengoraknya pecah.... doktor kata 30% dari otaknya rosak....dia koma 3 hari....kata doktor lagi...bila dia sedar nanti, berkemungkinan besar, memorinya akan terjejas..... tapi ajaibnya kuasa Allah, setelah sedar, adik Ahmad Khalil Khusairi tidak ada masalah langsung untuk mengenali orang-orang di sekelilingnya... Alhamdulillah... punya gembira seluruh ahli keluarganya...... yang lebih menarik lagi, Ahmad Khalil Khusairi telah berjaya menjawab semua kertas soalan UPSR tanpa ada masalah semasa dia di hospital....

Setelah dua minggu di wad, kini Ahmad Khalil Khusairi telahpun berada di rumah.....dia recover dengan sangat cepatnya..... sekarang dia hanya tunggu masa jahitan lukanya kering dan kemudian kembali ke bilik pembedahan bagi doktor memasukkan kepingan tengkorak artificial.....semoga semuanya berjalan dengan lancar.....Amin ya Rabbal Alamin

sewaktu berada di rumah itu juga, kami (aku, zila, yus, scha, sis, lisa, ain, cikgu & adik) telah dijamu dengan LAKSA JANGGUS!! Terbayekkk toq!! hangpa kena try......dalam laju melahap ni, aku bersembang lagi dengan Ahmad Khalil Khusairi......dia kata "SAYA X MAU NAIK MOTOR DAH, TAPI SAYA RINDU....MACAMANA PUN SAYA MENYESAL SEBAB SAYA X PAKAI HELMET"

Monday 12 September 2011

KunYiT mePerSenDa AZAN daLam HanTu BonCenG

Assalamualaikum, sebenarnya aku sendiri tak tahu nak react pada isu ni mcmana... Yang NYATAnya aku sangat sedih dan takut bila mula-mula isu ni dibangkitkan....."aku dah persendakan azan? Ya ALLAH!" - telintas dalam kepala aku.... aku bertanya kepada banyak pihak.... dan banyak pendapat dan teguran yang aku terima.... tapi apa yang melegakan dan berjaya membuatkan aku diam bila AYAH aku bagi pandangan dia.... apa pendapat dia? biar aku, ayah dan Allah je yang tahu....nyata itu bisa membuat aku sabar dan diam..... tetapi provokasi-provokasi mengenai isu ini tidak berhenti dan berterusan, aku jadi tak tahan.... aku mula bersuara.... TEGAS aku nyatakan disini, isu ini bukan isu main2......ISLAM adalah agama yang AKU juga anuti dan sayangi.... sesungguhnya ALLAH tahu niat aku.....walaupun ada pendapat yang mengatakan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.......biar aku dan ALLAH saja yang tahu.....

Kalau diperhatikan....apakah scene sebelum scene itu? percubaan Kunyit membunuh diri (MUNGKAR)....kemudian DISEDARKAN oleh Amran dengan 2 DAS penumbuk ke muka! kemudian datang scene itu....Amran penuh berahi dan sangat bernafsu yang menuju ke arah penodaan (MUNGKAR)... kemudian DISEDARKAN oleh Kunyit dengan lafaz baris pertama dalam Azan iaitu ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR yang membawa maksud ALLAH MAHA BESAR tepat ke telinga KANAN Amran.....

Sesungguhnya aku berani mengakui.......MEMPERSENDAKAN AZAN adalah sangat jauh dari pemahaman dan niat aku dalam melakonkan babak itu... Walaupun begitu, aku dengan sangat rendah diri memohon maaf kepada khalayak yang merasakan aku tidak menjaga sensitiviti hingga menimbulkan syak wasangka yang begini.... Allah Maha Tahu...Allah Maha Besar.......

Walaupun begitu....saya sangat bersyukur dengan persetujuan Allah yang telah mengizinkan filem ini sebagai sumber rezeki atas usaha ikhlas kami mencari rezeki yang halal......Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua individu di luar sana yang menyokong usaha kami selama ini.... Anda semua adalah yang terbayekkk Toq!!

Friday 9 September 2011

Meeting Nur Rania Qadeeja....


Aku ada kawan...nama dia Fiza Mambo...jodoh dia ni Tuhan pertemukan dengan seorang mamat yang aku suka berkawan dengan, iaitu Amir dari Pakistan.... Hari ni aku gi beraya rumah dia... raya tahun ni family fiza ni dah jadi bertiga dengan kelahiran Nur Rania Qadeeja.... Ya Allah....korang bayangkanlah.....mixed Melayu dengan Pakistan......punya la gebu.... lain giler sekarang ni da si Rania ni....last aku jumpa dia pun masa dia dok dalam rahim si fiza lagi....masa tu ngandung 3 bulan.... skang ni rania dah berumur 6 bulan....dia lahir pada 15 MARCH 2011....hehehe.....happy aku dok dokong dia n kenalkan dia pada teknologi kamera....ahahahhaha...

Sekarang ni aku sangat tak sabar nak tunggu Rania ni bercakap....aku x sabar nak dengar mcmana agaknya bunyinya.......BAHASA URDHU SLANK UTARA!! ahahahahahahahahahahaha!

Friday 8 April 2011

Hujan Rahmat @ Santubong

615PM, Hari Jumaat, 8hb APRIL 2011.... Aku start drive dari ampang... Terus keluar ke MRR2 untuk menuju ke FRIM, Selayang.... At the 1st place, the traffic was ok...senyum la aku!

630PM..... Aku sampai ke kawasan wangsa maju..masih atas MRR2...traffic da start jem...BINAWE! Giler2 punya jem, sampaikan kalau aku ade meggi cup dengan water boiler, aku konpom x lapar punya la....jem ni membawak ke batu caves....agak dekat sbenarnya... Tapi aku rasa macam KL nak g Melaka pulak...Apa CELOP lar jalan ni!

700PM.... Ktik! Ktik! Ktik! HUJAN START MENITIK DAH DAN TRAFFIC MULA LANCAR... Aku pun berkata dalam hati aku "RAHMAT"... kemudian.....dimulakan dengan dialog "Ke ruang angkasa Setan!!!" (aku pinjam dari Gaban), aku pun speedup ikut signboard FRIM.

720PM.... Ktik! Ktik! Ktik! (Bukan hujan tapi bunyik signal kereta aku)... Belok kanan, belok kiri...jalan terus, belok kanan lagi...sampai la depan pintu pagar FRIM....jumpa dua orang guard...aku cakap "Saya nak g shooting encik"... Pastu dia jawab ngan aku "hujan2 orang x mancing..." Lepas tu selambe je aku terus pickup jawab "mana tau ade rezeki"...pastu dia suruh aku jalan...

730PM.....hhahahahahahaha! Sambil aku dok gelak pasal si guard tu...GdungGdang!GdungGdang! "adoi! macam mana dorang ni buat jalan huh?" aku dok cakap dalam hati. Jalan dia Subhanallah punya teruk...Ktitik! Ktitik! Hujan makin lebat!! Hujan lebat giler! Aircond kereta aku, aku bukak yang paling low... Tapi, SEJUK dia sampai cramp ibu jari kaki aku yang belah kiri yang x bekerja ni...."Ini lagi satu hal!" Banyak pulak simpangnya ni!! Takper, aku redah....sambil duduk sparuh bersila (kaki kiri aku lipat boh bawah bontot)....fooohhhh! Lega..

745PM.... GdungGdang! Makin teruk pulakk jalan dia ni....Tukar menteri la woi!! Nasib baik kiri kanan aku Hiiijjjaauuu je....NEUTRAL balik pergolakan emosi aku....Alamak!! cermin da start berkabus....! ZOOP ZOOP ZOOP! Wiper keta, aku pulas paling laju.....sampai satu simpang...."Pusat Rawatan Air"...aku pun belok lah ke kiri.....trooott tooot trooott toootttt......."Jalan terus sampai nampak van krew" kata Asst Director aku melalui menatang ilham Alexander Graham Bell ni.....jalan punya jalan, drive punya drive, aku pun jumpa la set yang dimaksudkan....baaaannnyyyaaakkk la kereta...aku pun cuba cari parking....Haaaa...dapat pun...sbelah sbuah keta viva warna putih....hurmmm, "boleh la park kat sini dari xdek." kata aku sambil tengok muka sendiri kat cermin. (walaupun depan aku ni tebing curam yang sangat dalam wooo)...

755PM....aku pakai topi, aku sarung sandal, pastu aku pakai hooded sweater kaler merah biru aku yang bole zip abis hooded dia jadi topeng....pastu aku redah ujan nak g kat port...sampai kat port...semua org ngah lepak dalam kereta masing2! Alih2 dalam badan aku ade lagu "F##k you!" Lily allen pulak...sebabnya aku redah ujan konon nak lepak ngan kengkawan...hahahahahahahahahahaaaRrrrrRaaammmmm!!! Jadi aku pun mula la duduk sorang2, Kecisss! Aku nyalakan rokok....surf kat BB...dan tulis dalam blog ni....smpaikan aku nak tulis apa lagi pun aku x tau dah...hurmmm....apa2 pun...skang ni, selepas satu jam...ujan pown da benti......nyamuk n cengkerik pun da start party... Aku pun nak kena start keje la gayanya....

900PM.....terima kasih sebab sudi membaca....ntahapentah yang aku tulis ni... Jangan lupa nanti support dengan menonton "Santubong" di RTM2.....sebuah kisah klasik Negeri Sarawak didalam bentuk penyampaian yang Unik....dan menarik! Jumpa lagi!

Sunday 3 April 2011

PENGENALAN YANG SULONG

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani! Fuhhhhh! macam tak tersangka pulak yang sudahnya, akhirnya aku da berjaya memulakan blog ni..... ini setelah berapa puluh, ratus, ribu, juta kali dah aku terpikir pasal nak tulis blog...permasalahan aku yang nyata ialah aku sebenarnya tak tau nak tulis pasal apa... jadi, persoalan yang timbul kat sini pulak ialah, kenapa hari ni tetiba aku boleh create pulak blog ni ea? hurmmmm.... x kisah lah apa pun sebabnya....aku just hope yang ini boleh jadi satu tempat untuk aku kenalkan diri aku pada korang semua.......