Monday 12 September 2011

KunYiT mePerSenDa AZAN daLam HanTu BonCenG

Assalamualaikum, sebenarnya aku sendiri tak tahu nak react pada isu ni mcmana... Yang NYATAnya aku sangat sedih dan takut bila mula-mula isu ni dibangkitkan....."aku dah persendakan azan? Ya ALLAH!" - telintas dalam kepala aku.... aku bertanya kepada banyak pihak.... dan banyak pendapat dan teguran yang aku terima.... tapi apa yang melegakan dan berjaya membuatkan aku diam bila AYAH aku bagi pandangan dia.... apa pendapat dia? biar aku, ayah dan Allah je yang tahu....nyata itu bisa membuat aku sabar dan diam..... tetapi provokasi-provokasi mengenai isu ini tidak berhenti dan berterusan, aku jadi tak tahan.... aku mula bersuara.... TEGAS aku nyatakan disini, isu ini bukan isu main2......ISLAM adalah agama yang AKU juga anuti dan sayangi.... sesungguhnya ALLAH tahu niat aku.....walaupun ada pendapat yang mengatakan NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.......biar aku dan ALLAH saja yang tahu.....

Kalau diperhatikan....apakah scene sebelum scene itu? percubaan Kunyit membunuh diri (MUNGKAR)....kemudian DISEDARKAN oleh Amran dengan 2 DAS penumbuk ke muka! kemudian datang scene itu....Amran penuh berahi dan sangat bernafsu yang menuju ke arah penodaan (MUNGKAR)... kemudian DISEDARKAN oleh Kunyit dengan lafaz baris pertama dalam Azan iaitu ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR yang membawa maksud ALLAH MAHA BESAR tepat ke telinga KANAN Amran.....

Sesungguhnya aku berani mengakui.......MEMPERSENDAKAN AZAN adalah sangat jauh dari pemahaman dan niat aku dalam melakonkan babak itu... Walaupun begitu, aku dengan sangat rendah diri memohon maaf kepada khalayak yang merasakan aku tidak menjaga sensitiviti hingga menimbulkan syak wasangka yang begini.... Allah Maha Tahu...Allah Maha Besar.......

Walaupun begitu....saya sangat bersyukur dengan persetujuan Allah yang telah mengizinkan filem ini sebagai sumber rezeki atas usaha ikhlas kami mencari rezeki yang halal......Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua individu di luar sana yang menyokong usaha kami selama ini.... Anda semua adalah yang terbayekkk Toq!!

1 comment:

  1. hurm~ itulah.. utk citer hntu bonceng ni rmai yg amik -ve.. sbr jela.. tp citer tu best what? adik sy tgk byk kali kot..

    ReplyDelete